Bidang perniagaan adalah suatu sumber ekonomi yang paling menguntungkan pernah diamalkan oleh orang orang zaman dahulu. Junjungan besar kita sendiri Nabi Muhammad SAW juga pernah menjalankan perniagaan bersama isterinya ke Negeri Sham. Jadi tidak hairankahn kalau dikatakan bahawa bidang perniagaan itu adalah suatu yang dituntut oleh Islam dan amalan itu adalah sunnah Rasullah.\
Sama samalah kita bugarkan bidang ini supaya ia boleh disemarakkan dengan lebih menyerlah. Hanya bezanya kalau dahulu semuanya dijalankan secara menual tetapi sekarang dilakukan secara digital.
Kalau tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Kata orang dulu-dulu. Bertepatan sekali dengan sistem ekonomi sekarang. Siapa cepat dia dapat.
Ramai orang mengatakan bahawa :
= Jika berniaga kalau rugi bagaimana?
= Kalau tiada pelanggan bagaimana?
= Orang cina bolehlah orang melayu mana boleh
= Nak cari modal kat mana?
= Mana kita ada bakat
= Kalau semua nak berniaga siapa pula yang nak jadi pelanggan?
= Kerja dengan kerajaan lagi senang
= Beniaga konon, jangan nak tunjuk terror
= Muka nko nak beniaga? . Bole blaa lah
= Beniaga.... hentikan. Banyak keja lain nak buat
+ Macam-macam lagi....
Jika ini sikap dan pegangan yang kita amalkan nescahaya akan lenyaplah orang kita di dunia.Hidup segan mati tak mahu Sayugia diingatkan bahawa bidang ekonomi adalah tonggak kekuatan sesebuah negara. Kuasa pemerintahan belum tentu dapat menjamin kemakmuran sesebuah negara jika mekonominya lemah.
Oleh itu marilah sama-sama jayakan dan langsungkan program perniagaan internet ini bersama-sama agar kita dapat nikmati keuntungannya bersama.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Siapa cepat dia dapat.m Siapa lambat,i coponglah gamaknya.
No comments:
Post a Comment